Pada 15 September 2022, PKU telah melancarkan satu program pengurusan berat badan berteraskan modul daripada KKM iaitu IFitER (I Fit and Eat Right). Modul IFitER ini adalah satu modul penurunan berat badan dan peningkatan tahap kecergasan badan. Program ini dijalankan selama 6 bulan bermula September 2022 dan tamat pada Mac 2023. Sebelum peserta dipilih, saringan kesihatan telah dijalankan bagi mengukur tahap kesihatan peserta di awal program dan saringan ini akan dijalankan semula pada Minggu 12 dan Minggu 24 untuk melihat perubahan tahap kesihatan setiap peserta.
Sepanjang tahun 2020 sebanyak 3 siri kempen derma darah telah dilakukan di kedua-dua kampus. Disamping itu program pendarftaran penderma organ dijalankan serentak. Program derma darah ini adalah kerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Pekan.
Kospen ialah singkatan daripada Komuniti Sihat Pembina Negara. Program ini adalah inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia selaras dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia.
Program ini terdiri daripada 6 skop:
- Skop 1: Amalan Pemakanan Sihat
- Skop 2: Amalan Tidak Merokok
- Skop 3: Hidup yang Aktif
- Skop 4: Pengurusan Berat Badan
- Skop 5: Saringan Kesihatan
- Skop 6: Minda Sihat
- Skop 7: OSH Intervention
Program Mobile Clinic pada awalnya adalah untuk pengenalan kepada kakitangan UMP tentang perkhidmatan yang disediakan di Pusat Kesihatan. Program ini juga bertujuan untuk melakukan saringan kesihatan kepada semua kakitanga UMP. Selaras dengan hasrat Naib Canselor program ini telah menjadi acara wajib kepada warga UMP. Program ini telah menjadi salah satu sebab bagi menyokong Pelan Strategik UMP 2021-2025; Teras 5B(I), Perunjuk Prestasi Utama - Pengurangan Prevalens Faktor Risiko Penyakit Berjangkit di Kalangan Staf UMP.
Bagi menyokong Kospen Plus skop ke 3 iaitu Gaya Hidup Yang Aktif, satu bengkel telah dijalankan. Bengkel TOT (Training Of Trainer)
Bengkel ini diadakan untuk memberi penerangan pelaksanaan KOSPEN PLUS kepada wakil setiap pusat tanggungjawab UMP ke arah merealisasikan program ini disamping membincangkan struktur organisasi dan peranan wakil PTJ UMP bagi memantapkan perkhidmatan dan produktiviti staf di peringkat jabatan.