PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UMPSA  

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UMPSA   

10K STEP & VIRTUAL RUN

Kenapa susah sangat untuk berhenti?

Mungkin kita pernah cuba berhenti merokok, tetapi tidak berjaya.
Agak-agak sebab apa ?

  • Keinginan merokok terlalu kuat
    Rokok mengandungi bahan kimia – nikotin – yang menyebabkan kita ketagih. Kesan ketagihan nikotina boleh menjadi sekuat heroin. Ketagihan nikotin sangat susah diatasi kerana ia mengganggu otak kita dengan membuat reseptor-reseptor nikotin yang berlebihan untuk memuatkan dos-dos nikotin yang besar dari tembakau.

  • Tidak tahan perasaan sindrom sarak
    Sentiasa dalam kerisauan, cepat marah dan berkeinginan kuat untuk nikotin apabila kita berhenti “menyuap” diri dengan rokok. Fenomena ini dikenali sebagai sindrom sarak. Ia berlaku kerana otak berhenti mendapat nikotin yang biasa diterima. 

    Simptom-simptom sindrom sarak termasuk:
  1. Batuk
  2. Pening
  3. Sakit kepala
  4. Otot kebas atau sakit
  5. Sembelit
  6. Loya
  7. Sakit perut
  8. Tidak dapat tidur
  9. Tidak dapat menumpukan perhatian
  10. Kerisauan

Seteruk-teruk perasaan anda semasa mengalami simptom-simptom ini, ia adalah tanda baik yang menunjukkan badan anda sedang dipulihkan, dan akan hilang selepas 3–14 hari. Bincang dengan doktor anda jika anda menghadapi masalah menangani simptom-simptom.

  • Tidak boleh membuat aktiviti harian tanpa rokok
    Ini bermaksud kita terikat secara psikologi kepada merokok dan telah membuat rokok sebahagian daripada hidup kita. Rokok membantu kita bangun tidur setiap pagi, menenangkan kita semasa kita tertekan atau sedih, dan seolah-olah memberikan ganjaran untuk pencapaian kita.
  • Saya takut berat badan bertambah bila berhenti merokok
    Metabolism kita akan perlahan apabila kita berhenti merokok; namun, kita masih boleh mengekalkan kadar metabolism kita tinggi dengan kerap bersenam. Kita juga boleh mengekalkan berat badan di julat yang sihat dengan memakan diet yang sihat.


Memang susah untuk berhenti, tetapi kita tidak boleh putus asa untuk mencuba.
Keazaman adalah faktor terutama untuk membantu kita mengatasi saat-saat susah yang mungkin dialami semasa proses ini.
Fikirkan manfaat kesihatan daripada berhenti merokok.

Sejarah Ringkas Tembakau & Rokok

Manusia di dunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah daripada suku bangsa Indian di Amerika, untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh.
Ketika Bangsa Eropah menemukan benua Amerika pada abad ke-16, sebahagian dari para penjelajah Eropah mula mencuba-cuba menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau pulang ke Eropah. Sejak daripada itu menghisap tembakau mula menjadi kebiasaan dalam kalangan bangsawan Eropah.

Bangsa Indian merokok untuk keperluan ritual manakala bangsa Eropah pula merokok hanya untuk kesenangan semata-mata.

Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol masuk ke Turki dan pada saat itu amalan merokok mula memasuki negara-negara Islam.
Pada sekitar abad ke 17 sampai dengan sekitar abad ke 18, amalan merokok masih menggunakan Paip. Kemudian berevolusi menjadi Cerut sekitar separuh pertama abad ke-19, dan pada akhir abad ke-19 rokok berevolusi lagi menjadi seperti yang kita lihat pada hari ini.

Asap dari rokok yang dibakar dan dihisap perokok, mengandungi beberapa bahan kimia seperti :

1) Nikotin.
Nikotin merupakan bahan kimia berminyak yang tidak berwarna dan merupakan racun merbahaya. Nikotin adalah zat atau bahan gabungan Pirrolidin yang terdapat dalam Nicotiana tabacum, Nicotiana rustica dan spesies lainnya yang bersifat adiktif dan dapat mengakibatkan ketagihan.

2) Tar
Tar adalah gabungan Polisklik Hidrokarbon Aromatika (Polycyclic Hydrocarbon) yang bersifat Karsinogenik (Carcinogenic)). Tar berwarna coklat kekuning – kuningan dan terkenal sebagai punca barah paru-paru.

3) Gas karbon monoksida (CO).
Bersifat toksik yang bertentangan dengan gas Oksigen.

Kenapa

Mungkin kita pernah cuba berhenti merokok, tetapi tidak berjaya.
Agak-agak sebab apa ?

  • Keinginan merokok terlalu kuat
    Rokok mengandungi bahan kimia – nikotin – yang menyebabkan kita ketagih. Kesan ketagihan nikotina boleh menjadi sekuat heroin. Ketagihan nikotin sangat susah diatasi kerana ia mengganggu otak kita dengan membuat reseptor-reseptor nikotin yang berlebihan untuk memuatkan dos-dos nikotin yang besar dari tembakau.

  • Tidak tahan perasaan sindrom sarak
    Sentiasa dalam kerisauan, cepat marah dan berkeinginan kuat untuk nikotin apabila kita berhenti “menyuap” diri dengan rokok. Fenomena ini dikenali sebagai sindrom sarak. Ia berlaku kerana otak berhenti mendapat nikotin yang biasa diterima. 

    Simptom-simptom sindrom sarak termasuk:
  1. Batuk
  2. Pening
  3. Sakit kepala
  4. Otot kebas atau sakit
  5. Sembelit
  6. Loya
  7. Sakit perut
  8. Tidak dapat tidur
  9. Tidak dapat menumpukan perhatian
  10. Kerisauan

Seteruk-teruk perasaan anda semasa mengalami simptom-simptom ini, ia adalah tanda baik yang menunjukkan badan anda sedang dipulihkan, dan akan hilang selepas 3–14 hari. Bincang dengan doktor anda jika anda menghadapi masalah menangani simptom-simptom.

  • Tidak boleh membuat aktiviti harian tanpa rokok
    Ini bermaksud kita terikat secara psikologi kepada merokok dan telah membuat rokok sebahagian daripada hidup kita. Rokok membantu kita bangun tidur setiap pagi, menenangkan kita semasa kita tertekan atau sedih, dan seolah-olah memberikan ganjaran untuk pencapaian kita.
  • Saya takut berat badan bertambah bila berhenti merokok
    Metabolism kita akan perlahan apabila kita berhenti merokok; namun, kita masih boleh mengekalkan kadar metabolism kita tinggi dengan kerap bersenam. Kita juga boleh mengekalkan berat badan di julat yang sihat dengan memakan diet yang sihat.


Memang susah untuk berhenti, tetapi kita tidak boleh putus asa untuk mencuba.
Keazaman adalah faktor terutama untuk membantu kita mengatasi saat-saat susah yang mungkin dialami semasa proses ini.
Fikirkan manfaat kesihatan daripada berhenti merokok.

wei

Image

— Contact

Pusat Kesihatan Universiti
26600 Pekan Pahang
094315042
Pusat Kesihatan Universiti
Lebuhraya Persiaran Tun Khalil Yaakob,
26300 Kuantan, Pahang
094315052

— Quick Link