THE BIGGEST LOSER UMP 2.0 MALAY
“The Biggest Loser 2,0 Campus Challenge” atau lebih dikenali “TBL” adalah salah satu program intervensi yang dianjurkan oleh sekeretariat Generasi Siswa Sihat, Universiti Malaysia Pahang, GENESIS UMP dengan usaha kerjasama dengan Pusat Kesihatan Universiti, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi lain. Moto program TBL 2.0 pada sesi ini ialah “Don’t Lose Confidence, Lose Weight”.
Objektif program ini adalah untuk memastikan mahasiswa mempunyai berat badan yang ideal dan mengamalkan kehidupan gaya hidup sihat dan membudayakan pengamalan gaya hidup sihat dalam kalangan Mahasiswa.kampus Gambang dan Pekan. Selain itu, melalui program ini, ia dapat membantu untuk menggerakkan mahasiswa untuk bergiat aktif dalam sukan & rekreasi serta meningkatkan pengetahuan Mahasiswa berkenaan pemakanan yang sihat & berkualiti dan menerapkannya kepada Mahasiswa dalam kehidupan seharian mereka.
Program ini telah berjaya dijalankan selama 6 bulan yang bermula pada 25 Oktober 2017 sehingga 21 April 2018 dimana ia melibatkan peserta daripada kedua-dua kampus Universiti, Gambang dan Pekan. Seramai 125 mahasiswa telah mendaftar dan menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti sendiri dan 26 peserta telah menjalani latihan fizikal yang diketuai oleh jurulatih yang berkaliber dan dibantu oleh jawatankuasa program yang juga telah dilatih. Setelah menjalani beberapa fasa latihan fizikal, 10 daripada 26 peserta telah disenarai pendek dan Berjaya mengikuti program hingga ke akhir.
Program TBL ini amat menitikberatkan komitmen daripada inividu peserta itu sendiri dan juga modul yang disediakan untuk mereka telah merangkumi kesihatan mental dan fizikal serta latihan yang dibantu sepenuhnya oleh jurulatih, Coach Ramddan Zahari yang lebih dikenali dengan Coach Dan.
Aktiviti fizikal dijalankan pada setiap hari isnin hingga sabtu pada jam 5 hingga 7 petang di mana akan diketuai oleh jawatankuasa program untuk mengendalikan aktivit pada hari tersebut mengikut keadaan cuaca dan tempat yang sesuai. Semua peserta yang menyertai bukan sahaja terdiri daripada Top 10 finalist malah menerima penyertaan daripada mereka yang bukan peserta. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah seribu langkah, berlari, jogging, berkayak, High Interval Training (HIIT), berbasikal, mendaki bukit, permainan bola seperti futsal, bola keranjang, bola tampar dan sebagainya
Photo : Penyampaian hadiah pemenang oleh Ts. Dr Muhamad Bin Mat Nor.
Pada 30 April 2018 telah berlangsung penutupan program “The Biggest Loser 2.0 Campus Challenge” di mana ia berlangsung sempena “Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2018” peringkat Universiti Malaysia Pahang. Berlangsung juga sesi penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang dan dengan berkat kesungguhan mereka, seramai 7 orang peserta yang terdiri kedua-dua kampus telah menerima seutas ‘smart watch’ dan peserta yang bernama Nur Farhani Aqilah telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dengan penurunan berat sebanyak 26.86% dan dia menerima sijil penyertaan, wang tunai sebanyak RM 300.00 dan seutas ‘smart watch’.
Photo : Nur Farhani Aqilah Pemenang Tbl Musim 2
Type of Cholesterol |
Group |
Risk/Health |
Before |
After |
Result |
Total cholesterol |
Total of all cholesterol |
Metabolic Risk |
4.8 |
5 |
4% |
Triglyceride |
Bad cholesterol |
Diabetes risk factor |
<0.5 |
<0.51 |
0% |
LDL cholesterol |
Bad cholesterol |
Hypertension risk factor |
3.7 |
3.6 |
- 3% |
HDL cholesterol |
Good cholesterol |
Cleaning agent |
1.1 |
1.4 |
27% |
Body Weight (Kg) |
91.6 |
65.2 |
- 29% |
||
Bmi (Kg/M) |
38.2 |
25.2 |
- 29% |
*Perbandingan data sebelum dan selepas program (6 Bulan)
Daripada hasil maklumbalas daripada mahasiswa dan para peserta, mereka berpendapat bahawa aktiviti seperti ini amatlah membantu menjana kehidupan yang sihat dan kesihatan para mahasiswa akan lebih terjamin melalui aktiviti dan pemakanan yang sihat. Melalui program intervensi ini juga, para peserta dapat mengembangkan dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan ynag lebih sihat dengan dibantu oleh jurulatih program sendiri. Program ini juga dapat membantu mahasiswa menyertai aktiviti yang sihat pada waktu lapang mereka tanpa melupakan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan tunjuk ajar daripada jurulatih.
Akhir kata sebagai kesimpulan, aktiviti sepert ini amatlah wajar diteruskan bagi membentuk mahasiswa yang cergas dan cerdas selain membantu mereka untuk melakukan aktiviti fizikal yang dapat meyihatkan badan dan pemakanan bagi mencapai berat ideal dan hidup yang sihat.