Pada 15 September 2022, PKU telah melancarkan satu program pengurusan berat badan berteraskan modul daripada KKM iaitu IFitER (I Fit and Eat Right). Modul IFitER ini adalah satu modul penurunan berat badan dan peningkatan tahap kecergasan badan. Program ini dijalankan selama 6 bulan bermula September 2022 dan tamat pada Mac 2023. Sebelum peserta dipilih, saringan kesihatan telah dijalankan bagi mengukur tahap kesihatan peserta di awal program dan saringan ini akan dijalankan semula pada Minggu 12 dan Minggu 24 untuk melihat perubahan tahap kesihatan setiap peserta.
Sepanjang tahun 2020 sebanyak 3 siri kempen derma darah telah dilakukan di kedua-dua kampus. Disamping itu program pendarftaran penderma organ dijalankan serentak. Program derma darah ini adalah kerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Pekan.