Laman Web Rasmi
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UMPSA
Utama
Info
Kata Aluan Pengarah
Latarbelakang, Visi & Misi
Staf
Ahli Akademik
Our Nursing Staff
Our Allied Health
Pentadbiran
Piagam Pelanggan
Policies PKU
SERVICES
Monthly medication request
COMMUNITY HEALTH
Physiotherapy
Executive medical check-up
Berita
Hubungi
FAQs
Utama
Info
Kata Aluan Pengarah
Latarbelakang, Visi & Misi
Staf
Ahli Akademik
Our Nursing Staff
Our Allied Health
Pentadbiran
Piagam Pelanggan
Policies PKU
SERVICES
Monthly medication request
COMMUNITY HEALTH
Physiotherapy
Executive medical check-up
Berita
Hubungi
FAQs
Berita
Anda berada di sini:
Laman Utama
Berita
Bulan
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis
Tahun
2021
5
10
15
20
25
30
50
100
Semua
Tapisan
Bebas Rutin Merokok
Butiran
Diterbitkan: 09 Julai 2021
Jumlah paparan: 0
Untuk berhenti merokok dengan jayanya, kita perlu mengubah tabiat lama. Mudah untuk disebut, tetapi sukar dilakukan - terutamanya jika rakan-rakan rapat kita adalah perokok. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu kita membebaskan diri daripada merokok untuk selamanya, dan masih mengekalkan hubungan dengan rakan-rakan kita.
Isytiharkan : Saya Nak Berhenti Merokok !
Ini adalah perkara utama yang perlu kita buat. Isytiharkan usaha kita, iklankan azam kita dan tunjukkan usaha kita pada dunia.
Kita akan dapati ramai yang akan menyokong dan membantu, secara langsung mahupun tidak.
Letakkan nota-nota kecil mengenai matlamat kita dan letakkan pada tempat-tempat yang senang dilihat, atau di medan sosial sepeti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.
Jika orang gemuk boleh mengumumkan usahanya untuk menyihatkan diri dan berbangga, kenapa tidak kita ?!
Berazam dalam diam hanya membunuh cita-cita kita yang murni.
Sertai MQuit
Umpama seorang coach latihan kesihatan, bantuan secara profesional dari A-Z untuk kita berhenti merokok.
Kemungkinan anda berjaya adalah 4 kali lebih tinggi dengan pertolongan perubatan yang betul.
Pokok pangkalnya pada kemahuan kita.
Tukar rutin harian.
Kebanyakan perokok memberikan justifikasi sukar untuk berhenti merokok kerana masalah 'terbiasa, menjadi kebiasaan', terutamanya bila bersosial bersama-sama rakan-rakan mahupun selepas makan.
Cuba amalkan ini :
1. Buangkan semua rokok, bekas abu rokok dan pemetik api yang terdapat dalam rumah, kenderaan dan pejabat.
2. Susun rutin harian terutamanya ketika waktu kebiasaan kita merokok.
Gantikan dengan aktiviti-aktiviti lain yang boleh menyebabkan kita lupa buat seketika tentang keinginan untuk merokok seperti bersenam, makan, berkebun, mengemas rumah, basuh kereta, bertukang dan 1001 aktiviti lain yang selain daripada merokok.
3. Bersosial gaya baru. Ubah tempat dan rutin sosial kita bersama rakan.
Contohnya, jika melepak di kedai mamak yang lebih bebas peraturan merokoknya menjadi pilihan bersosial kita, cuba tukarkan ke restoran/kedai kopi yang lebih ketat -peraturan merokoknya. Paling kurang jika rakan-rakan mahu merokok, mereka terpaksa berada jauh dari kawasan restoran atau kedai, sekaligus mengurangkan risiko pengaruh mereka terhadap kita! Isteri pun lebih bahagia apabila kita lebih banyak masa di rumah !
Bersedia.
Jika pada hari ini kita perlu menghadiri majlis atau perkumpulan yang memungkinkan kita untuk menyentuh rokok, buat persediaan awal.
Pastikan kita mempunyai perancangan untuk menangkis 'godaan-godaan' asap rokok dengan penuh bergaya dan unggul !
Dampingi mereka yang menyokong.
Akan ada yang pesimif terhadap kita. Biasalah.
Biarkan mereka dengan prasangka mereka. Dampingilah mereka yang selalu menyokong usaha-usaha anda.
Sebab itu penting untuk isytiharkan usaha anda.
Kekal positif.
Sentiasa fokus pada kesan berhenti merokok yang positif – penampilan lebih kacak, mulut tidak berbau, dompet yang penuh dengan wang dek tersimpan tidak dibelanjakan untuk rokok, dan betapa gembiranya orang yang anda sayangi apabila mereka mengetahui bahawa anda tidak lagi merokok.
Mainkan pemikiran positif ini dalam minda anda, dan terjemahkan melalui poster mahupun tulisan di tempat-tempat strategik kita merokok sebelum ini.
"Self-reward"
diri anda dengan membelanjakan duit yang biasa dipakai untuk membeli rokok dengan sesuatu yang lain, seperti handphone baharu, tukar rim kereta baharu dan lain-lain.
— Hubungi
Pusat Kesihatan Universiti
26600 Pekan Pahang
094315042
Pusat Kesihatan Universiti
Lebuhraya Persiaran Tun Khalil Yaakob,
26300 Kuantan, Pahang
094315052
— Capaian Pantas
Downloads
Perundangan
Dasar Privasi
Terma & Syarat
Penafian
Utama
Info
Kata Aluan Pengarah
Latarbelakang, Visi & Misi
Staf
Ahli Akademik
Our Nursing Staff
Our Allied Health
Pentadbiran
Piagam Pelanggan
Policies PKU
SERVICES
Monthly medication request
COMMUNITY HEALTH
Physiotherapy
Executive medical check-up
Berita
Hubungi
FAQs