Previous Next

I FIT AND EAT RIGHT ( IFitEr )

 Pada 15 September 2022, PKU telah melancarkan satu program pengurusan berat badan berteraskan modul daripada KKM iaitu IFitER (I Fit and Eat Right). Modul IFitER ini adalah satu modul penurunan berat badan dan peningkatan tahap kecergasan badan. Program ini dijalankan selama 6 bulan bermula September 2022 dan tamat pada Mac 2023. Sebelum peserta dipilih, saringan kesihatan telah dijalankan bagi mengukur tahap kesihatan peserta di awal program dan saringan ini akan dijalankan semula pada Minggu 12 dan Minggu 24 untuk melihat perubahan tahap kesihatan setiap peserta. 

    Beberapa orang instruktur yang terdiri daripada staf PKU telah membimbing peserta sepanjang program dijalankan dan dibantu oleh jurulatih daripada Pejabat Kesihatan Daerah(PKD) Pekan serta Kuantan. Program ini menerapkan kepelbagaian aktiviti seperti circuit training, hiking Bukit Sulai, aerobik bersama instruktur KBS, berkayak, tabata dan lain-lain. Selain aktiviti senaman, turut diadakan aktiviti Pasaraya Sihat dan Program Runding Cara Pemakanan bersama Pegawai Sains Pemakanan dengan kerjasama daripada PKD. Di akhir program ini, peserta yang berjaya memenuhi kriteria pemenang akan dipilih dan menerima hadiah yang lumayan. 

Print   Email