Kenapa susah sangat untuk berhenti?
Mungkin kita pernah cuba berhenti merokok, tetapi tidak berjaya.
Agak-agak sebab apa ?
- Keinginan merokok terlalu kuat
Rokok mengandungi bahan kimia – nikotin – yang menyebabkan kita ketagih. Kesan ketagihan nikotina boleh menjadi sekuat heroin. Ketagihan nikotin sangat susah diatasi kerana ia mengganggu otak kita dengan membuat reseptor-reseptor nikotin yang berlebihan untuk memuatkan dos-dos nikotin yang besar dari tembakau. - Tidak tahan perasaan sindrom sarak
Sentiasa dalam kerisauan, cepat marah dan berkeinginan kuat untuk nikotin apabila kita berhenti “menyuap” diri dengan rokok. Fenomena ini dikenali sebagai sindrom sarak. Ia berlaku kerana otak berhenti mendapat nikotin yang biasa diterima.
Simptom-simptom sindrom sarak termasuk:
- Batuk
- Pening
- Sakit kepala
- Otot kebas atau sakit
- Sembelit
- Loya
- Sakit perut
- Tidak dapat tidur
- Tidak dapat menumpukan perhatian
- Kerisauan
Seteruk-teruk perasaan anda semasa mengalami simptom-simptom ini, ia adalah tanda baik yang menunjukkan badan anda sedang dipulihkan, dan akan hilang selepas 3–14 hari. Bincang dengan doktor anda jika anda menghadapi masalah menangani simptom-simptom.
- Tidak boleh membuat aktiviti harian tanpa rokok
Ini bermaksud kita terikat secara psikologi kepada merokok dan telah membuat rokok sebahagian daripada hidup kita. Rokok membantu kita bangun tidur setiap pagi, menenangkan kita semasa kita tertekan atau sedih, dan seolah-olah memberikan ganjaran untuk pencapaian kita. - Saya takut berat badan bertambah bila berhenti merokok
Metabolism kita akan perlahan apabila kita berhenti merokok; namun, kita masih boleh mengekalkan kadar metabolism kita tinggi dengan kerap bersenam. Kita juga boleh mengekalkan berat badan di julat yang sihat dengan memakan diet yang sihat.
Memang susah untuk berhenti, tetapi kita tidak boleh putus asa untuk mencuba.
Keazaman adalah faktor terutama untuk membantu kita mengatasi saat-saat susah yang mungkin dialami semasa proses ini.
Fikirkan manfaat kesihatan daripada berhenti merokok.