HOD

   

Kata Aluan Pengarah Pusat Kesihatan Universiti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Selamat datang ke portal Pusat Kesihatan Universiti (PKU). PKU komited dalam menyalurkan maklumat terkini seperti hebahan kesihatan dan perkhidmatan yang disediakan kepada warga Universiti alaysia Pahang (UMP) khasnya dan kepada masyarakat setempat amnya. Selaras dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025, PKU akan meningkatkan usaha untuk mengurangkan prevalens faktor risiko penyakit tidak berjangkit di kalangan warga UMP. Justeru, saya berharap agar warga UMP mengambil tanggungjawab ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang kesihatan diri supaya dapat bersama-sama kita merealisasikan dan mentransformasikan diri dan warga kerja yang sihat sepanjang hayat. Saya mengalu-alukan sebarang komen, cadangan atau maklum balas daripada anda bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan PKU secara berterusan.
Sekian, terima kasih.

 


Print   Email