Sejarah Ringkas Tembakau & Rokok

Manusia di dunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah daripada suku bangsa Indian di Amerika, untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh.
Ketika Bangsa Eropah menemukan benua Amerika pada abad ke-16, sebahagian dari para penjelajah Eropah mula mencuba-cuba menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau pulang ke Eropah. Sejak daripada itu menghisap tembakau mula menjadi kebiasaan dalam kalangan bangsawan Eropah.

Bangsa Indian merokok untuk keperluan ritual manakala bangsa Eropah pula merokok hanya untuk kesenangan semata-mata.

Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol masuk ke Turki dan pada saat itu amalan merokok mula memasuki negara-negara Islam.
Pada sekitar abad ke 17 sampai dengan sekitar abad ke 18, amalan merokok masih menggunakan Paip. Kemudian berevolusi menjadi Cerut sekitar separuh pertama abad ke-19, dan pada akhir abad ke-19 rokok berevolusi lagi menjadi seperti yang kita lihat pada hari ini.

Asap dari rokok yang dibakar dan dihisap perokok, mengandungi beberapa bahan kimia seperti :

1) Nikotin.
Nikotin merupakan bahan kimia berminyak yang tidak berwarna dan merupakan racun merbahaya. Nikotin adalah zat atau bahan gabungan Pirrolidin yang terdapat dalam Nicotiana tabacum, Nicotiana rustica dan spesies lainnya yang bersifat adiktif dan dapat mengakibatkan ketagihan.

2) Tar
Tar adalah gabungan Polisklik Hidrokarbon Aromatika (Polycyclic Hydrocarbon) yang bersifat Karsinogenik (Carcinogenic)). Tar berwarna coklat kekuning – kuningan dan terkenal sebagai punca barah paru-paru.

3) Gas karbon monoksida (CO).
Bersifat toksik yang bertentangan dengan gas Oksigen.


Print   Email