Derita Untuk Bahagia

Kebaikan Berhenti Merokok

Derita Untuk Bahagia

Jangan terlalu takut dengan simptom penarikan nikotin atau perkara buruk lain selepas anda berhenti merokok. Hakikatnya, gejala yang tidak enak itu hanyalah sementara sahaja dan banyak lagi manfaat lain yang akan anda nikmati selepas anda berjaya berhenti merokok. 

1. Kadar risiko kanser berkurang

Tanpa bahan karsinogen dalam rokok, tentu sahaja risiko kanser anda semakin menurun.

2. Pembuangan nikotin

Tanpa nikotin dalam tubuh yang mempengaruhi mood anda, kini anda boleh merasa gembira dalam erti yang sebenarnya.

3. Kelancaran aliran darah

Bahan dalam rokok yang mengecutkan saluran darah  anda tiada lagi! 

4. Penambahbaikan deria rasa dan bau

Dalam masa 48 jam, sensori lidah dan hidung akan pulih. Kini anda boleh menikmati makanan dengan lebih baik.

5. Memperbaik hubungan seks anda

Membuang rokok dari hidup anda juga mampu mengembalikan keintiman pasangan suami isteri !

6. Menambah tenaga

Tiada lagi bahan yang mengganggu pertukaran oksigen di paru-paru anda. Dengan bekalan oksigen yang cukup, organ-organ anda semakin pulih, dan anda juga semakin bertenaga.

7. Meningkatkan immuniti

Tanpa rokok, kekuatan imuniti juga semakin meningkat untuk melawan penyakit

8. Hidup lebih bahagia

Rokok yang selama ini menjadi racun dalam hidup anda tiada lagi. Kini hubungan kekeluargaan anda semakin mesra. Anak dan isteri anda juga tidak lagi menjadi perokok pasif. Tidak perlu beli rokok, kewangan juga lebih stabil!

Kesimpulan

Jangan mudah putus asa dalam usaha untuk berhenti merokok. Tidak semua perokok berjaya berhenti merokok pada percubaan kali pertama. Namun demi mendapatkan kehidupan yang lebih sihat, tidak rugi untuk kita terus mencuba bagi merealisasikan hasrat untuk berhenti merokok.

Tidak perlu berasa malu atau segan untuk meminta pertolongan dalam kita berusaha untuk berhenti merokok, mintalah keluarga dan kawan-kawan untuk menyokong usaha kita untuk berhenti merokok. Sentiasa memotivasikan diri dan selalu ingatkan diri sendiri tentang tujuan utama anda ingin berhenti merokok.

Dapatkan nasihat doktor bagi mendapatkan bantuan perubatan seperti terapi gantian nikotin.